Daisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday 28 February 2012

D.E.M.A.M

          Hari ni 29 hb Feb 2012. End of this February, baru terasa nak buat entry. Kemalasan mula melanda. Bulan Feb ni banyak perkara yang berlaku. Pertama sekali, takziah kepada keluarga adik Farish yang telah meninggal kerana kanser darah. Sesungguhnya syurga adalah tempat mu, nak. Semoga keluarga arwah sentiasa tabah. Al-Fatihah..

             Bulan Februari ni juga merupakan bulan 'sakit' bagi kami sekeluarga. Dari nenek, atok Iqbal & Pak Cik Makc Cik Iqbal sampai la ke mama dengan papa sekali tak sihat. Paling teruk Muhammad Iqbal Hafiy la. Demam yang amat panas sampai ke 39 degree. Sampai kena ambil darah lagi. Lahai, kesianye tengok Iqbal nangis meraung mase kene ambil darah tu. Dah la kene ambil kat 2 tangan sebab darah tak keluar. Mula-mula mama yang pegang Iqbal. Kali kedua ayah pegang sebab mama tak sanggup nak tengok. Alhamdulillah result blood test tu semuanya ok. Seminggu juga nak tunggu demam Iqbal pulih sepenuhnye. Batuk lagi lame hampir 2 minggu baru ok. Tapi alhamdulillah selepas demam yang teruk ni dah tak dengar lagi kahak pada dada Iqbal.

mata pun cengkung

cian anak mama.

 
Copyright 2009 My BaBy